Setelah beberapa bulan mentelaah ilmu penternakan
kambing, saya pun memulakan langkah pertama saya di dalam bidang
penternakan kambing dengan bermodalkan RM7,000 hasil daripada wang
simpanan saya. Dengan modal tersebut, saya mula membina kandang kambing
dan juga membeli 5 ekor kambing betina dan seekor kambing jantan
jamnapari..
Alhamdulilah... berbekalkan ilmu yang saya perolehi
dari buku, seminar serta tunjuk ajar dari pakcik H. Saya tidak banyak
menghadapi masalah di dalam mengusahakan projek penternakan kambing
ini. Dalam masa 4 bulan.. dari 6 ekor kambing, ternakan saya telah
bertambah menjadi 10 ekor. Kini, setelah hampir setahun mengusahakan
penternakan kambing, bilangan ternakan saya sudah mencapai jumlah 20
ekor.
Jika hendak diukurkan tahap kejayaan saya..
sememangnya.. perjalanan saya masih jauh. Tapi saya sangat optimis dan
percaya , berbekalkan usaha yang gigih serta ilmu yang betul.. kita
pasti akan BERJAYA!
Melihatkan hasil ternakan kambing saya... membuatkan
saya terfikir. Sudah pastinya, ada ramai lagi insan diluar sana yang
mengalami nasib yang hampir sama dengan saya. Mereka minat untuk
menceburkan diri di dalam bidang penternakan... tetapi malang , tidak
mempunyai mentor serta tidak mempunyai sumber maklumat yang mencukupi
menyebabkan , niat mereka untuk memulakan penternakan kambing
terbantut. Mungkin anda adalah salah seorang daripada mereka?
Untuk itu, saya telah mengambil inisiatif, dengan
berusaha, mengumpulkan semula maklumat-maklumat yang pernah saya
perolehi dulu dan menghimpunkannya, dan akhirnya, jadilah ia sebuah
panduan yang lengkap tentang.. “Bagaimana memulakan penternakan kambing”.
Semua maklumat yang saya perolehi dari buku-buku,
artikel-artikel, seminar-seminar dan juga serba sedikit dari pengalaman
sendiri dan juga pengalaman-pengalaman daripada penternak lain..
kesemuanya telah saya himpunkan dan susunkan ia hingga menjadi sebuah
ebook panduan yang lengkap yang saya namakan...
"RAHSIA KAMBING" , Panduan Lengkap Memulakan Penternakan Kambing.
Di dalam ebook ini saya akan menunjukkan kepada anda tentang
|
Harga dan Nilai Sebuah Pengajaran!
Ebook ini bukan sahaja mengandungi maklumat-maklumat berkaitan penternakan kambing, tetapi ia juga mengandungi pengalaman-pengalaman berharga daripada penternak-penternak kambing yang lain yang sudah Berjaya. Oleh
itu, sudah semestinya, info dan maklumat di dalam ebook ini amat
bernilai.. untuk itu berapakah harga yang anda rasa.. patut saya
letakkan pada ebook ini?
Pernah dulu, seorang pemuda yang berminat untuk
menceburi bidang penternakan kambing, telah mengambil langkah
terburu-buru dengan membina sebuah kandang kambing yang sangat cantik
dan lengkap. Kos pembinaan kandang tersebut, mencecah RM6,000. Setelah
sebulan kandang kambing tersebut siap dibina... pemuda tersebut masih
belum memulakan penternakan kambingnya. Setelah 2 bulan... masih lagi
tiada kelihatan seekor kambing pun di dalam kanding tersebut.. masuk
bulan ketiga... tetap juga sama.. sehelai janggut kambing pun tidak
kelihatan. Apabila ditanya kepada beliau.. mengapakah tiada lagi kambing
yang dimasukkan ke dalam kandang tersebut walaupun sudah 3 bulan
kandang tersebut siap dibina.. beliau dengan nada sedikit menyesal
berkata.. "Kesemua duit aku sudah habis digunakan untuk buat kandang tu! Sekarang.. nak beli baka kambing pun aku dah takde duit!".
Itu adalah merupakan suatu pengajaran.. buat pemuda
tersebut dan juga buat mereka yang lain.. yang ingin memulakan projek
penternakan kambing. Pemuda tersebut, telah menghabiskan wang sebanyak
RM RM6,000.... semata-mata untuk mempelajari.. "Untuk memulakan sesuatu,
kita perlulah mempunyai ilmu serta perancangan yang teliti"..
Jadi.. bagaimanakah dengan anda? Berapa "RM"kah yang
sanggup anda keluarkan untuk mendapatkan suatu pengajaran? RM20,000 ?
RM10,000? RM1,000? atau RM500?...
Di dalam ebook Rahsia Kambing ini,
terdapat banyak ilmu, pengalaman dan pengajaran.. ilmu-ilmu yang
terdapat di dalamnya mampu mengelakkan anda daripada kerugian
beribu-ribu ringgit, malah dapat membantu melancarkan usaha anda untuk
memulakan penternakan kambing.
Belajar dari pengalaman orang lain itu adalah lebih
mudah, murah dan menjimatkan masa... untuk itu, harga yang saya tawarkan
kepada anda untuk anda mempelajari semua ilmu, pengalaman dan
pengajaran yang terkandung di dalam ebook ini, hanyalah RM 47. Ya! Hanya RM47 sahaja.
Ianya teramat murah jika ingin dibandingkan dengan
kos yang mungkin anda terpaksa tanggung semata-mata untuk mempelajari
satu ilmu & pengajaran berlandasakan pengalaman sendiri ... usahlah
mengulangi kesilapan pemuda malang tersebut.